Mengenai kami

Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk membekal & menawarkan perkhidmatan ke atas produk yang berhubung kait dengan pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menawarkan dan pihak kami dengan rendah hati dan rasa bersyukur dan bertanggungjawab, memasarkan cakera padat dan buku panduan sebagai alat bantu mengajar, yang ianya untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia dan juga luar negara.

Setakat ini pihak kami telah bergerak aktif & sudahpun berjaya menguasai pasaran sebahagian Pantai Timur merangkumi negeri Kelantan & Terengganu. Kini sedang berusaha keras melebarkan sayap ke seluruh kawasan bandar & pedalaman seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan juga negara-negara jiran.

Dalam subjek Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) , pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mengeluarkan buku teks yang khusus seperti matapelajaran - matapelajaran yang lain seperti sejarah, matematik dan lain-lain.

Oleh itu, inisiatif dan usaha telah diambil oleh Riez Jaya Trading bagi membantu pelajar-pelajar dengan cara menerbitkan dan mengeluarkan buku panduan atau rujukan tambahan berserta cakera padat bagi memudahkan lagi pemahaman dan memberi lebih penghayatan kepada pelajar - pelajar dengan kaedah pendengaran & pembacaan.