Mukaddimah

TUJUAN PENILAIAN PAFA
  • Mengenalpasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan tepat dan sempurna.

  • Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam PAFA, dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.

  • Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayatinya dalam amalan kehidupan sehari-hari.

  • Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan.

PERATURAN PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA)

  • Penilaian PAFA hendaklah dimulakan seawal Tahun 1 hingga Tahun 5 (UPSR), Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (PMR), dan Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 (SPM) mengikut kod-kod yang telah ditetapkan.

  • Penilaian akhir PAFA dijalankan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  • Penilaian PAFA dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.

  • Penilaian dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam mengikut masa dan tempat yang sesuai, sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

  • Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod-kod yang telah ditetapkan. Guru boleh meneruskan penilaian kepada murid yang menguasai kod-kod seterusnya. Murid ini boleh dinilai semula mengikut pengukuhan.

  • Soalan dan jawapan penilaian tidak rahsia sebagaimana yang telah dicadangkan dalam buku panduan ini. Murid hendaklah diberitahu lebih awal.

  • Sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan jaya, betul dan sempurna.

  • Pencapaian murid hendaklah dicatat dari semasa ke semasa secara kemaskini dalam Borang Pencapaian Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid.

  • Penyertaan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri/Bahagian/Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa.

  • Pemantauan proses perlaksanaan penilaian PAFA di peringkat sekolah akan dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.

  • Pencapaian 'LULUS' dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila murid faham sesuatu tajuk, dan dalam hal ibadah dapat mengamalkan sesuatu kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang PALING MINIMUM YANG DIKIRA 'SAH' dari segi syarak.

  • Murid diperakui 'LULUS' dalam keseluruhan penilaian PAFA apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan SEMUA KOD/TAJUK soalan yang telah ditetapkan.

  • Borang Pencapaian Individu hendaklah disertakan bersama rekod perpindahan pelajar ke sekolah lain.

  • Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian di peringkat sekolah menggunakan format sijil yang disediakan. Laporan juga perlu diserahkan kepada Bahagian/Unit Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, menurut prosedur yang disediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan